Jom daftar WhoHAA sekarang. Klik link ini
![]() |
| Dan ini antara gifts yang korang boleh dapat. |

~ Masa depan dibeli oleh masa sekarang.
~ Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentu kejayaan. Kejayaan pula akan menentu kebahagiaan.

1. Jujur. Mengaku yang anda buat salah. Jangan sorok kesalahan itu. Nanti akan terbongkar gak. Dan jangan nak salahkan orang lain pulak. Ingat!!
2. Berani mengakui kesalahan. Bukan setakat cakap, "semua ini salah saya" atau "memang salah saya" dan seangkatan dengannya. Maksudnya, anda mesti berani mengaku bersalah dengan cara face-to-face dengan orang yang anda buat salah tuu.
3. Menampakkan penyesalan. Katakan yang anda menyesal menyakiti hatinya. Buat sesuatu, buat perubahan ke arah kebaikan pada tindakan anda.
4. Jangan ulangi kesalahan yang sama. Jangan sesekali buat kesalahan yang sama, buruk padahnya. Sebab kepercayaan orang terhadap kita akan hilang. Masa tu, nak menyesal dah takde guna. Orang dah tak percayakan kita lagi.
5. Sedia untuk terima kritikan. Hati mesti tabah untuk terima kritikan atau pendapat yang diberi. Cara ni dapat hilangkan salahfaham.




