Serius ini bukan mimpi

Hai haiii. Assalamulaikum. Sudah 2 tahun tee tak update blog?? Yes, sejak dari zaman espiem (SPM) sebab sibuk dengan kerja rumah dan kelas tambahan. Lepastu sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinag (KMPP). Well. Seperti orang selalu cakap, jadual matrik memang pack. Rehat hanya 1 jam. Selepas 2 atau 3 kuliah atau kelas tutorial. Waktu malam pulak, tee buat tutorial untuk setiap subjek. Sebenarnya tee dipaksa buat. Yelah, kalau tak buat macam mana nak faham subjek tu.

*Nak show off sikit krew kelab fotografi kat KMPP



Okay, Sebenarnya tee sambung balik blogging ni sebabnya sekarang tee dah dapat peluang belajar dalam bidang pengajian engineering. That's my dream even i just take the software engineering course and I never tell to anybody since i write this entry. 

Serius, macam dah tak percaya sekarang tee dah bergelar mahasiswi. Rasa macam baru semalam isi upu. Tee sambung degree kat UPSI kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan). Tee terima tawaran ni sebabnya tee suka tulis coding macam C++ dan HTML codes dan disebabkan tee mula blogging dulu lah tee tahu semua ni. Dua jenis language ni saja yang tee reti dan kursus ni sangat sangat sangat berkait dengan matematik. Pelik jugak bila fikirkan balik. Macam mana pihak upu boleh bagi kursus kat tee walaupun result math tee tak hebat mana pun. 

Apa apa pun, tee syukur dengan apa yang ditawarkan. Okay. Sampai sini saja entri kali ini. Tee kena siapkan assesment programming. 



0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi