Tips minta maaf


Aku, dia dan mereka pernah buat salah. Hakikatya, kita pernah buat salah kan? kan? So, bila dah buat kesalahan tuu pandai pandai laa minta maaf. Tapi, masalahnya Tirah tak pandai nak minta maaf. Setakat cakap "I'm sorry" or "saya minta maaf " pandai laa. Korang ingat dengan cakap gituu diorang akan maafkan kita ke? Memang tak lah. Kalau ada pun 2% jea akan maafkan kita. Stastistik dari mana pun Tirah tak tahu lah. 

Bagi Tirah, nak minta maaf pun ada caranya jugak. Takut niat ikhlas kita nak minta maaf disalahertikan pulak nanti. 

1. Jujur. Mengaku yang anda buat salah. Jangan sorok kesalahan itu. Nanti akan terbongkar gak. Dan jangan nak salahkan orang lain pulak. Ingat!!

2. Berani mengakui kesalahan. Bukan setakat cakap, "semua ini salah saya" atau "memang salah saya" dan seangkatan dengannya. Maksudnya, anda mesti berani mengaku bersalah dengan cara face-to-face dengan orang yang anda buat salah tuu.

3. Menampakkan penyesalan. Katakan yang anda menyesal menyakiti hatinya. Buat sesuatu, buat perubahan ke arah kebaikan pada tindakan anda.

4. Jangan ulangi kesalahan yang sama. Jangan sesekali buat kesalahan yang sama, buruk padahnya. Sebab kepercayaan orang terhadap kita akan hilang. Masa tu, nak menyesal dah takde guna. Orang dah tak percayakan kita lagi.

5. Sedia untuk terima kritikan. Hati mesti tabah untuk terima kritikan atau pendapat yang diberi. Cara ni dapat hilangkan salahfaham.

Konklusnya, kita seharusnya.... Ceh, ala ala ayat karangan pulak. Wakakaka. Cuba fkir positif. Fikir positif, okayy. Hurm, off dulu. Jumpa lagi.

P/S: Rasa tak sedap hati je sekarang ni. Orang bersalah memang macam tu. Tirah kena minta maaf dengan someone esok. Semoga kemaafan ku, bukanlah kemaafan yang tertunda. Harap Tirah tak terlewat untuk minta maaf. Honestly, Tirah dah lama maafkan dia sebenarnya. Cuba diri ini takut takut berani je nak face-to-face. Alahaiii....

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi