Mengapa aurat perempuan lebih daripada lelaki?


Assalamualaikum . Hello ! *kenyit mata*

Dapat idea nak share pasal satu artikel yang saya baca kat webpage ILuvIslam. Mungkin kita sering terpikir tapi tak perasan. mungkin kita perasan tapi kita tak terpikir. Betapa untungnya apabila Allah jadikan kita seorang wanita. Saya suka ~ saya suka !! . Keep reading , enjoy...

Apa yang selalu kita dengar;
  • Keluhan dan alasan.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Ada lagi? Yes, banyak lagi. Kebanyakan manusia zaman sekarang nihh, suka menilai daripada mematuhi. Kan?/ Ehmm, mungkin. -,- *buat muka blurr* Masih ramai yang merungut. Dan akhirnya, ambil keputusan untuk meninggalkan apa yang telah disyariatkan kepada kita semua umat Islam. Tak tutup aurat, tak solat, tak puasa. 

Wahai kaum Hawa, mohon istigfar. 
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Sumber  > sini

Bersyukur dengan apa yang kita miliki, berterima kasih kepada yang memberi, berada di bawah teduhan kasih Ilahi. Alhamdulillah. 


0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi