I believe I can fly


Assalamulaikum !! ._. *potong bawang* buat taktau jerk . Hehe . Curi masa study sebab nak bukak belog yang tak seberapa nie. Tapi, saya suka. Sokey  kut.. :/

Harapan. Kita semua pasti ada harapan. Betul tak? Seorang pelajar, mesti nak dapat A dalam exam. Seorang pesakit, mesti nak sembuh. Seorang ibu, mesti nak anaknya bahagia. Seorang ayah, mesti nak anaknya berjaya. Seorang yang hidup, mesti nak mati ??? pelik aje bunyi ayat tuu -,-  *no komen* 
Walaupun kita tak bersedia, semua tu akan datang juga. Setiap yang hidup, pasti akan mati.

Kita tak bersedia kerana pahala kita sedikit. Bekalan kita masih kurang. Kerana
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”
Apa yang saya nak cakap sebenarnya tentang anak yang soleh. Menjadi anak yang solehah adalah harapan saya. I love Ummi&Daddy. *nk confess sket; sebenarnya entri ini takde kaitan punn dengan terbang, sayap or something like that. Takde kaitan punn dengan tajuk kat atas tuu.* >,< jangan marah saya!  

"Selalu ada harapan, bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan, bagi mereka yang berusaha" kata pakcik Google . Hehehe. Selagi kita berusaha, selagi itu ada jalan. In Sha ALLAH. Kekadang diri ini terlupa juga. Terlupa untuk dengar nasihat ibu bapa. Terlupa untuk  bersyukur apa yang mereka beri kepada kita. Terlupa segala pengorbanan mereka. Terlupa bahawa tanpa mereka, siapalah kita. 

Ingatlah. Hargai apa yang kita miliki pada hari ini. Agar kita tidak menyesal pada hari esok. Belajarlah untuk bersyukur. Jom ! berbakti kepada ibu bapa kita. Selagi mereka masih ada bersama-sama kita. Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa kami. 
p/s; Untuk ingatan diri sendiri. Dan ingin berkongsi dengan orang lain juga.


Barakallahu fik ;D

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi