Guna mykad untuk jana pendapatan


Assalamualaikum. Pernah dengar AFFILIATE JUNCTION?

Pernah dengar MYKAD SMART SHOPPER?

Pernah dengar DEALER MYKAD?

Nak tahu macam mana guna MYKAD boleh jana pendapatan

Wow!!


Pendapatan sentiasa masuk kedalam poket DEALER selagi orang berbelanja,,,

Setiap orang mesti berbelanja tak kira kecil dan besar,tua atau muda,kaya mahupun miskin. Betul tak?


Klik SINI untuk tahu dengan lebih lanjut. Boleh tanya apa saja kat facebook page tuu. Jangan malu, jangan segan untuk bertanya. 


Jom belajar tajwid (nota ringkas)


 Assalamualaikum, gud morning semua. :) *senyum sket*

Alhamdulillah hari ini dah 27 Julai 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H. Btw, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah permudahkan kita untuk melakukan ibadah pada bulan yang mulia ni. kan? Ramadhan Kareem ^_^  Banyakkan baca al-Quran, buat bekalan masa depan. 

Eh, jom belajar tajwid. Sama-sama perbaiki bacaan kita. Nah, ni nota ringkasnya. Korang bley save image as, Takkesah. okayy. Kalau kurang faham, tanya lah sesape yang pakar. Nak senang tanya kawan yang tahu bab-bab nihh. Thankss Diana sebab sudi ajar diri ini, kawan. 




Credit to Pakcik Google. Susah jugak nak cari dalam google hari tuu. Harap korang dapat manfaatkan mende ni termasuk diri ini juga. GTG, ada klaz Akaun. See ya later. Jap, jangan lupa berdoa minta Allah permudahkan kita untuk belajar tajwid. Barakallahu fik :) Byee....

Selalu ada harapan, bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan, bagi mereka yang berusaha

Tips jawab biologi kertas 2



Assalamualaikum, hellooo! *gigit kuku*

Tips untuk tingkatkan lagi kita punyer markah bio adalah kita mesti tahu teknik/ cara jawab. Tang ni memang saya kureng sket, seyes. Confession ke nih?? -,- Kui3. Kena buat macam budak UPSR a.k.a ayat-ayat simple jerk. Tapi kena ingat mesti ada fakta bio dalam ayat tuu, Okayy.  Then, korang kena baca tips seterusnya kat bawah nih. 

Teknik menjawab kertas 2
1. Baca dan faham kehendak soalan.

2. Tulis nombor soalan dengan betul.

3. Biasanya, jumlah markah menunjukkan bilangan isi yang dihendaki.

4. Berikan fakta. Bukan auta.

5. Ingat istilah-istilah Bio.

6. Jawapan mesti direct to the point. 

Pesan saya punyer cikgu. bukan awak punyer cikgu. Hehe. *potong bawang* Jika mahu markah banyak, ringankan tangan untuk tulis istilah bio. Semua tuu wojik (wajib) tulis dengan ejaan yang betul dan pastikan awak semua tahu maksud istilah tersebut.

All the best untuk SPM candidate tahun ini. Chai yok! Untuk yang Spm candidate 2014 termasuk saya. *dengan bangganya* Kena study betul-betul eh. Belajar dari tingkatan 4. Jangan tunggu tingkatan 5 baru nak struggle giler-giler. Last but not least, struggle di tingkatan 4 tapi enjoy. Kbhaii~

SPECIAL Giveaway by Mya Farisha

special giveaway by Mya Farisha
Special Giveaway by Mya Farisha bermula !
Bermula 29 Jun hingga 21 Julai 2013.
Klik banner untuk sertai.

Mengapa aurat perempuan lebih daripada lelaki?


Assalamualaikum . Hello ! *kenyit mata*

Dapat idea nak share pasal satu artikel yang saya baca kat webpage ILuvIslam. Mungkin kita sering terpikir tapi tak perasan. mungkin kita perasan tapi kita tak terpikir. Betapa untungnya apabila Allah jadikan kita seorang wanita. Saya suka ~ saya suka !! . Keep reading , enjoy...

Apa yang selalu kita dengar;
  • Keluhan dan alasan.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Ada lagi? Yes, banyak lagi. Kebanyakan manusia zaman sekarang nihh, suka menilai daripada mematuhi. Kan?/ Ehmm, mungkin. -,- *buat muka blurr* Masih ramai yang merungut. Dan akhirnya, ambil keputusan untuk meninggalkan apa yang telah disyariatkan kepada kita semua umat Islam. Tak tutup aurat, tak solat, tak puasa. 

Wahai kaum Hawa, mohon istigfar. 
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Sumber  > sini

Bersyukur dengan apa yang kita miliki, berterima kasih kepada yang memberi, berada di bawah teduhan kasih Ilahi. Alhamdulillah. 


Seperti dia


Assalamualaikum . Holla!

First time, tengok citer Ramadhan Yang Hilang macam tak layan jer lagu dia. Tapi, bila dah dengar banyak kali, suka pulak. *potong bawang* Nak kongsi sket lirik lagunya. Hehe. Peace~~

Seperti Dia - AMYLEA
Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat 
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat 
Untuk aku buktikan semua..
Untukku buktikan semua

Mid Year Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, tribal top x 1, felt bookmark x 3, button badge x 5, novel x 1, notebook x 2, Iwani Cotton Shawl x 5, kerongsang x 2, Fantabulous Facial Scrub & Masker (with guave 5pcs & brush) x 1, bookmark + sticker x 5, shiseido mask x 2, tanaka powder x 1, sabun susu beras x 4, topup x 4, shawl x 1, header / cover timeline x 3, inner bunga x 1, plain pashmina x 1


SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


I believe I can fly


Assalamulaikum !! ._. *potong bawang* buat taktau jerk . Hehe . Curi masa study sebab nak bukak belog yang tak seberapa nie. Tapi, saya suka. Sokey  kut.. :/

Harapan. Kita semua pasti ada harapan. Betul tak? Seorang pelajar, mesti nak dapat A dalam exam. Seorang pesakit, mesti nak sembuh. Seorang ibu, mesti nak anaknya bahagia. Seorang ayah, mesti nak anaknya berjaya. Seorang yang hidup, mesti nak mati ??? pelik aje bunyi ayat tuu -,-  *no komen* 
Walaupun kita tak bersedia, semua tu akan datang juga. Setiap yang hidup, pasti akan mati.

Kita tak bersedia kerana pahala kita sedikit. Bekalan kita masih kurang. Kerana
 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”
Apa yang saya nak cakap sebenarnya tentang anak yang soleh. Menjadi anak yang solehah adalah harapan saya. I love Ummi&Daddy. *nk confess sket; sebenarnya entri ini takde kaitan punn dengan terbang, sayap or something like that. Takde kaitan punn dengan tajuk kat atas tuu.* >,< jangan marah saya!  

"Selalu ada harapan, bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan, bagi mereka yang berusaha" kata pakcik Google . Hehehe. Selagi kita berusaha, selagi itu ada jalan. In Sha ALLAH. Kekadang diri ini terlupa juga. Terlupa untuk dengar nasihat ibu bapa. Terlupa untuk  bersyukur apa yang mereka beri kepada kita. Terlupa segala pengorbanan mereka. Terlupa bahawa tanpa mereka, siapalah kita. 

Ingatlah. Hargai apa yang kita miliki pada hari ini. Agar kita tidak menyesal pada hari esok. Belajarlah untuk bersyukur. Jom ! berbakti kepada ibu bapa kita. Selagi mereka masih ada bersama-sama kita. Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa kami. 
p/s; Untuk ingatan diri sendiri. Dan ingin berkongsi dengan orang lain juga.


Barakallahu fik ;D
 
© Copyright | All Right Reserved by Tee Radzi